Berwaspadalah kamu dengan pembaziran

TEKS BAHASA ARAB

إياك والسرف؛ فإن أكلتين في يوم من السرف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berwaspadalah kamu dengan pembaziran, kerana sesungguhnya makan sebanyak dua kali dalam sehari termasuk pembaziran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis nombor 2036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: «إياك والسرف؛ فإن أكلتين في يوم من السرف». [هب، «الضعيفة» (257)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Berwaspadalah kamu dengan pembaziran, kerana sesungguhnya makan sebanyak dua kali dalam sehari termasuk pembaziran". [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 257].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs