Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكَ والسَّرَفِ؛ فإنَّ أَكلتينِ في يومٍ من السَّرفِ.
Teks Bahasa Melayu
Berwaspadalah kamu dengan pembaziran, kerana sesungguhnya makan sebanyak dua kali dalam sehari termasuk pembaziran.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis no. 2036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: «إياك والسرف؛ فإن أكلتين في يوم من السرف». [هب، «الضعيفة» (257)].
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Berwaspadalah kamu dengan pembaziran, kerana sesungguhnya makan sebanyak dua kali dalam sehari termasuk pembaziran". [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 257].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman