Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إياكمْ والجُلُوسَ فِي الشَّمْسِ فإنّها تُبْلِي الثَّوْبَ وتُنْتِنُ الرِّيحَ وتُظْهِرُ الدَّاءَ الدَّفِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Berwaspadalah kamu daripada duduk di bawah matahari kerana sesungguhnya ia boleh menyebabkan pakaian menjadi lusuh, bau menjadi busuk, dan munculnya penyakit yang tersembunyi.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 24, hadis no. 113. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Para huffaz berkata: "Palsu", kepalsuan zahir pada matannya dan turut ada lafaz seumpamanya daripada 'Ali A.S melalui kata-kata beliau, itulah yang hampir pada betul.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman