Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكم والتَّعمُّقَ في الدِّينِ، فإنّ اللهَ -عز وجل- قد جعلَهُ سَهلًا، فخُذوا منهُ ما تُطيقونَ، فإنَّ اللهَ -عز وجل- يحبُّ ما دامَ من عملٍ صالحٍ، وإن كانَ يسيرًا.
Teks Bahasa Melayu
Berwaspadalah kalian daripada memperhalusi dalam agama, kerana sesungguhnya Allah telahpun menjadikannya mudah. Justeru ambillah apa yang kalian mampu darinya, kerana sesungguhnya Allah menyukai apa yang berterusan daripada amalan soleh sekalipun ringan.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 460, hadis no. 2464.
(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: «إياكم والتعمق في الدين، فإن الله -عز وجل- قد جعله سهلا، فخذوا منه ما تطيقون، فإن الله -عز وجل- يحب ما دام من عمل صالح، وإن كان يسيرا». [ابن بشران، «الضعيفة» (2476)].
(Sangat Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Berwaspadalah kalian daripada memperhalusi dalam agama, kerana sesungguhnya Allah telahpun menjadikannya mudah. Justeru ambillah apa yang kalian mampu darinya, kerana sesungguhnya Allah menyukai apa yang berterusan daripada amalan soleh sekalipun ringan.” [Riwayat Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2476].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman