Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berwaspadalah kalian daripada fahaman (menafikan) qadar ini

Teks Bahasa Arab

اتَّقُوا هَذَا الْقَدَرَ، فَإِنَّهُ شُعْبَةٌ مِنَ النَّصْرَانِيَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Berwaspadalah kalian daripada fahaman (menafikan) qadar ini, kerana ia adalah salah satu bahagian (fahaman) Nasrani.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 455, hadis no. 2439.

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «اتقوا هذا القدر، فإنه شعبة من النصرانية». [الملخص في «الفوائد»، ابن بشران، عد، طب، أبو نعيم في «الرواة عن أبي نعيم الفضل بن دكين»، اللالكائي، أحمد بن المهندس في «حديثه عن عافية وغيره»، «الضعيفة» (1786)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Berwaspadalah kalian daripada fahaman (menafikan) qadar ini, kerana ia adalah salah satu bahagian (fahaman) Nasrani". [Riwayat al-Mukhallis dalam al-Fawa'id, Ibn Bishran dalam al-Amali, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Nu’aym dalam al-Ruwah ‘an Abi Nu’aym al-Fadl bin Dukayn, al-Lalaka'i dalam al-Sunnah dan Ahmad bin al-Muhandis dalam Hadithihi 'an 'Afiyah wa Ghayrihi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1786].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.