Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكَم والخَلْوةَ بالنِّساءِ، والَّذي نفْسي بيدِهِ! ما خَلَا رَجُلٌ وامرأةٍ إلَّا دَخَل الشَّيطانُ بيْنهُما، ولَأَنْ يَزْحَمَ رَجُلٌ خِنزيرًا مُتَلَطِّخًا بطِينٍ أو حَمْأةٍ؛ خَيْرٌ مِن أنْ يَزْحَمَ مَنْكِبُهُ مَنْكِبَ امرأةٍ لا تَحِلُّ لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Berwaspadalah kalian daripada bersendirian bersama wanita. Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya! Tidak ada seorang lelaki yang bersendirian bersama seorang wanita melainkan syaitan akan memasuki di antara mereka berdua. Seorang lelaki bersesak dengan seekor babi dalam keadaan berlumuran tanah liat itu lebih baik berbanding bahunya bersesak dengan bahu seorang perempuan yang tidak halal baginya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 427-428, hadis no. 2303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - عن رسول الله ﷺ قال: «إياكم والخلوة بالنساء؛ والذي نفسي بيده! ما خلا رجل وامرأة إلا دخل الشيطان بينهما، ولأن يزحم رجل خنزيرا متلطخا بطين أو حمأة؛ خير من أن يزحم منكبه منكب امرأة لا تحل له». [طب، «الضعيفة» (6056)].
(Sangat Munkar) Daripada Abu Umamah RA, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: "Berwaspadalah kalian daripada bersendirian bersama wanita. Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya! Tidak ada seorang lelaki yang bersendirian bersama seorang wanita melainkan syaitan akan memasuki di antara mereka berdua. Seorang lelaki bersesak dengan seekor babi dalam keadaan berlumuran tanah liat itu lebih baik berbanding bahunya bersesak dengan bahu seorang perempuan yang tidak halal baginya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6056].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman