Berwaspadalah dengan orang-orang yang bermuka kuning

TEKS BAHASA ARAB

حديث: احذروا صفر الوجوه؛ فإنه إن لم يكن عن علة أو سهر، فإنه عن غل في قلوبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Berwaspadalah dengan orang-orang yang bermuka kuning. Jika tidak kerana sakit atau berjaga malam, maka ia adalah disebabkan oleh dendam dalam hati mereka.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 33, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: لم أقف له على أصل.

Ibn Hajar berkata: Aku tidak menjumpai asal hadith ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.