Tidak Ditemui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: احْذَرُوا صفر الْوُجُوه؛ فَإِنَّهُ إِن لم يكن عَن عِلّة أَو سهر، فَإِنَّهُ عَن غل فِي قُلُوبهم.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Berwaspadalah dengan orang-orang yang bermuka kuning. Jika tidak kerana sakit atau berjaga malam, maka ia adalah disebabkan oleh dendam dalam hati mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak Ditemui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 33, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: لم أقف له على أصل.
Ibn Hajar berkata: Aku tidak menjumpai asal hadis ini.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman