Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berwaspada dalam menyampaikan hadis tentangku kecuali yang kamu ketahui

Teks Bahasa Arab

اتَّقوا الحديثَ عنِّي إلَّا ما عَلِمْتُم، ومَن كذبَ عليَّ متعمِّدًا فليتبوَّأ مقعدَهُ منَ النَّارِ، ومن قالَ في القرآنِ برأيِهِ فلَيتبوَّأ مقعدَهُ منَ النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Berwaspada dalam menyampaikan hadis tentangku kecuali yang kamu ketahui. Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya dalam api neraka. Dan sesiapa yang mengatakan tentang al-Qur'an menurut pendapatnya, maka sediakanlah tempat duduknya dalam api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1241, hadis no. 6333. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم: اتقوا الحديث عني إلا ما علمتم، ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار، ومن قال في القرآن برأيه فليتبوأ مقعده من النار. [ت، حم، ع، ابن جرير، الواحدي في ((أسباب النزول))، البغوي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1783)]

(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Abbas RA daripada Nabi SAW: Berwaspada dalam menyampaikan hadis tentangku kecuali yang kamu ketahui. Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya dalam api neraka. Dan sesiapa yang mengatakan tentang al-Qur'an menurut pendapatnya, maka sediakanlah tempat duduknya dalam api neraka. [Riwayat al-Tirmizi, Ahmad dalam al-Musnad, Abu Ya'la, Ibn Jarir, al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul, al-Baghawi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsialh al-Da'ifah, no. 1783]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.