Beruntunglah sesiapa yang tidur sebagai seorang yang mendapat pahala haji

TEKS BAHASA ARAB

طوبى لمن بات حاجا وأصبح غازيا رجل مستور ذو عيال متعفف قانع باليسير من الدنيا يدخل عليهم ضاحكا ويخرج منهم ضاحكا فوالذي نفسي بيده إنهم هم الحاجون الغازون في سبيل الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntunglah sesiapa yang tidur sebagai seorang yang mendapat pahala haji dan berpagi sebagai seorang yang mendapat pahala berperang, iaitu seseorang yang tersembunyi (tidak diketahui orang ramai), mempunyai banyak tanggungan, menjaga kehormatan, merasa cukup dengan habuan dunia yang sedikit, dia masuk menemui tanggungannya dalam keadaan ketawa (gembira) dan keluar daripada mereka dalam keadaan ketawa. Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya mereka benar-benar mendapat pahala orang yang menunaikan haji dan orang yang berperang pada jalan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 52, hadis nombor 279. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini dusta.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs