TEKS BAHASA ARAB
طوبى لمن بات حاجاً، وأصبح غازياً؛ رجل مستور، ذو عيال متعفف قانع باليسير من الدنيا، يدخل عليهم ضاحكاً، ويخرج عليهم ضاحكاً، فوالذي نفسي بيده! إنهم هم الحاجون الغازون في سبيل الله – عز وجل -.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Beruntunglah sesiapa yang tidur sebagai orang yang mengerjakan haji (memperolehi pahala seakan menunaikan haji), bangun pagi sebagai orang yang berjihad (memperolehi pahala seakan orang yang berjihad), seorang lelaki yang tidak dikenali, yang miskin yang banyak tanggungannya namun merasa cukup dengan yang sedikit di dunia, dia masuk kepada mereka (keluarganya) dalam keadaan ketawa dan keluar dari (kalangan) mereka dalam keadaan ketawa (iaitu dalam keadaan gembira), demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Mereka adalah orang yang melakukan haji dan berperang di jalan Allah (yang mendapat kemuliaan dan pahala seakan keduanya).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 610, hadis nombor 3171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((طوبى لمن بات حاجاً، وأصبح غازياً؛ رجل مستور، ذو عيال متعفف قانع باليسير من الدنيا، يدخل عليهم ضاحكاً، ويخرج عليهم ضاحكاً، فوالذي نفسي بيده! إنهم هم الحاجون الغازون في سبيل الله – عز وجل -)). [فر، ((الضعيفة)) (3833)].
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Beruntunglah sesiapa yang tidur sebagai orang yang mengerjakan haji (memperolehi pahala seakan menunaikan haji), bangun pagi sebagai orang yang berjihad (memperolehi pahala seakan orang yang berjihad), seorang lelaki yang tidak dikenali, yang miskin yang banyak tanggungannya namun merasa cukup dengan yang sedikit di dunia, dia masuk kepada mereka (keluarganya) dalam keadaan ketawa dan keluar dari (kalangan) mereka dalam keadaan ketawa (iaitu dalam keadaan gembira), demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Mereka adalah orang yang melakukan haji dan berperang di jalan Allah (yang mendapat kemuliaan dan pahala seakan keduanya).))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3833]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.