Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طُوبَى لِمَن بات حاجًّا، وأصبح غازيًا؛ رجلٌ مَسْتورٌ، ذُو عِيالٍ مُتَعَفِّفٌ قانعٌ باليسيرِ من الدنيا، يَدْخُلُ عليهم ضاحكًا، ويَخْرُجُ عليهم ضاحكًا، فوالذي نفسي بيِدِهِ ! إنهم هم الحاجُّونَ الغازُونَ في سبيلِ اللهِ عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Beruntunglah sesiapa yang tidur sebagai orang yang mengerjakan haji (memperolehi pahala seakan menunaikan haji), bangun pagi sebagai orang yang berjihad (memperolehi pahala seakan orang yang berjihad), seorang lelaki yang tidak dikenali, yang miskin yang banyak tanggungannya namun merasa cukup dengan yang sedikit di dunia, dia masuk kepada mereka (keluarganya) dalam keadaan ketawa dan keluar dari (kalangan) mereka dalam keadaan ketawa (iaitu dalam keadaan gembira), demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Mereka adalah orang yang melakukan haji dan berperang di jalan Allah (yang mendapat kemuliaan dan pahala seakan keduanya).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 610, hadis no. 3171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((طوبى لمن بات حاجاً، وأصبح غازياً؛ رجل مستور، ذو عيال متعفف قانع باليسير من الدنيا، يدخل عليهم ضاحكاً، ويخرج عليهم ضاحكاً، فوالذي نفسي بيده! إنهم هم الحاجون الغازون في سبيل الله - عز وجل -)). [فر، ((الضعيفة)) (3833)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Beruntunglah sesiapa yang tidur sebagai orang yang mengerjakan haji (memperolehi pahala seakan menunaikan haji), bangun pagi sebagai orang yang berjihad (memperolehi pahala seakan orang yang berjihad), seorang lelaki yang tidak dikenali, yang miskin yang banyak tanggungannya namun merasa cukup dengan yang sedikit di dunia, dia masuk kepada mereka (keluarganya) dalam keadaan ketawa dan keluar dari (kalangan) mereka dalam keadaan ketawa (iaitu dalam keadaan gembira), demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Mereka adalah orang yang melakukan haji dan berperang di jalan Allah (yang mendapat kemuliaan dan pahala seakan keduanya).)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3833]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman