Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Beruntunglah sesiapa yang banyak berzikir kepada Allah ketika berjihad

Teks Bahasa Arab

طُوبَى لمن أكثرَ في الجهادِ في سبيلِ اللهِ من ذَكَرَ اللهَ فإنَّ لهُ بكلِّ كلمةٍ سبعينَ ألفَ حسنةٍ ، كلَّ حسنةٍ منها عشرةُ أضعافٍ مع الذي لهُ عندَ اللهِ من المزيدِ . قيلَ : يا رسولَ اللهِ أفرأيتَ النفقةَ ؟ فقال : النفقةُ على قَدْرِ ذلكَ

Teks Bahasa Melayu

Beruntunglah sesiapa yang banyak berzikir ketika berjihad di jalan Allah. Setiap perkataan yang diucapkan itu, dia akan memperoleh sebanyak 70 000 pahala, setiap satu pahala digandakan sebanyak 10 kebaikan bahkan dia memperoleh tambahan di sisi Allah. Baginda SAW ditanya: Wahai Rasulullah SAW, bagaimana pula dengan infak? Baginda SAW menjawab: Berdasarkan jumlah yang dibelanjakan.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 907, hadis no. 4638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: طوبى لمن أكثر في الجهاد في سبيل الله من ذكر الله فإن له بكل كلمة سبعين ألف حسنة كل حسنة منها عشرة أضعاف مع الذي له عند الله من المزيد. قيل: يا رسول الله أفرأيت النفقة؟ فقال: النفقة على قدر ذلك. [طب, الضعيفة (2610) (6755)]

(Lemah) Daripada Mu'az Bin Jabal RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Beruntunglah sesiapa yang banyak berzikir ketika berjihad di jalan Allah. Setiap perkataan yang diucapkan itu, dia akan memperoleh sebanyak 70 000 pahala, setiap satu pahala digandakan sebanyak 10 kebaikan bahkan dia memperoleh tambahan di sisi Allah. Baginda SAW ditanya: Wahai Rasulullah SAW, bagaimana pula dengan infak? Baginda SAW menjawab: Berdasarkan jumlah yang dibelanjakan. [Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 2610, 6755].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.