Beruntunglah orang yang meninggalkan kejahilan, orang yang mencari kurniaan (pahala) dan melaksanakan keadilan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

طوبى لمن ترك الجهل، وآتى الفضل، وعمل بالعدل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntunglah orang yang meninggalkan kejahilan, orang yang mencari kurniaan (pahala) dan melaksanakan keadilan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1269, hadis nombor 6493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن أسلم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: طوبى لمن ترك الجهل، وآتى الفضل، وعمل بالعدل.
[حل، ((الضعيفة)) (3834)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah SAW bersabda: Beruntunglah orang yang meninggalkan kejahilan, orang yang mencari kurniaan (pahala) dan melaksanakan keadilan.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3834]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.