Beruntunglah orang yang meninggalkan kejahilan, memberi kelebihan serta beramal dengan keadilan

TEKS BAHASA ARAB

طوبى لمن ترك الجهل، وآتى الفضل، وعمل بالعدل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntunglah orang yang meninggalkan kejahilan, memberi kelebihan serta beramal dengan keadilan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 838, hadis nombor 4295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أسلم -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((طوبى لمن ترك الجهل، وآتى الفضل، وعمل بالعدل)).
[حل، ((الضعيفة)) (3834)]

(Lemah) Daripada Zaid bin Aslam RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Beruntunglah orang yang meninggalkan kejahilan, memberi kelebihan serta beramal dengan keadilan.
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3834]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs