Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طُوبَى لِمَن ترك الجهلَ، وأَتَى الفضلَ، وعَمِلَ بالعدلِ.
Teks Bahasa Melayu
Beruntunglah orang yang meninggalkan kejahilan, memberi kelebihan serta beramal dengan keadilan.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Aslam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 838, hadis no. 4295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أسلم -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((طوبى لمن ترك الجهل، وآتى الفضل، وعمل بالعدل)). [حل، ((الضعيفة)) (3834)]
(Lemah) Daripada Zaid bin Aslam RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Beruntunglah orang yang meninggalkan kejahilan, memberi kelebihan serta beramal dengan keadilan. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3834]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman