Beruntunglah orang yang direzekikan Allah sekadar keperluannya lalu dia bersabar di atasnya

TEKS BAHASA ARAB

طوبى لمن رزقه الله ‌الكفاف ثم صبر عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntunglah orang yang direzekikan Allah sekadar keperluannya lalu dia bersabar di atasnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 610, hadis nombor 3172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن حنطب بن الحارث مرفوعا: ((طوبى لمن رزقه الله ‌الكفاف ثم صبر عليه)). [فر، هب، ((الضعيفة)) (3836)].

(Sangat lemah)
Daripada Abdullah bin Hantab bin al-Harith secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Beruntunglah orang yang direzekikan Allah sekadar keperluannya lalu dia bersabar di atasnya.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3836].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs