Beruntunglah orang yang banyak mengingati Allah (zikrullah) ketika berjihad

TEKS BAHASA ARAB

طوبى لمن أكثر في الجهاد في سبيل الله من ذكر الله، فإن له بكل كلمة سبعين ألف حسنة، كل حسنة منها عشرة أضعاف، مع الذي له عند الله من المزيد، قيل : يا رسول الله ! أفرأيت النفقة فقال: النفقة على قدر ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntunglah orang yang banyak mengingati Allah (zikrullah) ketika berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya buatnya (ganjaran) pada setiap patah perkataan akan mendapat sebanyak 70 ribu pahala. Setiap satu pahala digandakan sebanyak sepuluh kali ganda, di sisi Allah ada bersamanya lebih lagi. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang nafkah? Baginda menjawab: Nafkah itu kurang daripadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis nombor 5093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((طوبى لمن أكثر في الجهاد في سبيل الله من ذكر الله، فإن له بكل كلمة سبعين ألف حسنة، كل حسنة منها عشرة أضعاف، مع الذي له عند الله من المزيد))، قيل : يا رسول الله ! أفرأيت النفقة فقال: ((النفقة على قدر ذلك)). [طب، ((الضعيفة)) (2610، 6755)]

(Lemah) Daripada Muadz bin Jabal RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Beruntunglah orang yang banyak mengingati Allah (zikrullah) ketika berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya buatnya (ganjaran) pada setiap patah perkataan akan mendapat sebanyak 70 ribu pahala. Setiap satu pahala digandakan sebanyak sepuluh kali ganda, di sisi Allah ada bersamanya lebih lagi. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang nafkah? Baginda menjawab: Nafkah itu kurang daripadanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2610 dan 6755]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs