Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Beruntunglah baginya sekiranya dia bukan orang yang memimpin (kabilahnya)

Teks Bahasa Arab

طُوبَى لَهُ إِن لَمْ يَكُنْ عَرِيفًا.

Teks Bahasa Melayu

Beruntunglah baginya sekiranya dia bukan orang yang memimpin (kabilahnya).

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1751, hadis no. 8825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس رضي الله عنه-: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - مرت به جنازة، فقال: (طوبى له إن لم يكن عريفاً). [ع، عد، ((الضعيفة))(5072، 6916)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA: “Bahawa Nabi SAW melalui satu jenazah lalu berkata: “Beruntunglah baginya sekiranya dia bukan orang yang memimpin (kabilahnya).” [Riwayat Abi Ya'la di dalam Musnadnya dan Ibn 'Adiy di dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5072, 6916)].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.