Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طُوبَى لهُ إن لم يَكُن عريفًا.
Teks Bahasa Melayu
Beruntunglah baginya jika dia tidak pernah menjadi seorang pemimpin
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 843, hadis no. 4325. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم مرت به جنازة، فقال: ((طوبى له إن لم يكن عريفا)). [ع، عد، ((الضعيفة)) (5072، 6916)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA bahawa satu iringan jenazah melalui Nabi SAW lalu baginda bersabda: Beruntunglah baginya jika dia tidak pernah menjadi seorang pemimpin. [Riwayat Abū Ya’lā dalam Musnadnya dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5072, 6916]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman