TEKS BAHASA ARAB
طوبى لمن يبعث يوم القيامة وجوفه محشو بالقرآن والفرائض والعلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Beruntunglah bagi sesiapa yang dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan rongganya penuh dengan al-Quran, faraid dan ilmu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 52, hadis nombor 280. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini adalah sebahagian hadith-hadith yang dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) sendiri dalam Zail al-Mawdhu’at, maka apakah tujuan beliau menyebutkannya di sini?
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.