Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طُوبَى لِمَن أسكنه اللهُ إحدى العَرُوسَيْنِ : عَسْقَلانَ، أو غَزَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Beruntunglah bagi sesiapa yang Allah menempatkan mereka di salah satu al-’Arusah (pengantin) iaitu: ‘Asqalan atau Gaza.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Zubayr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis no. 9294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن الزبير مرفوعا: ((طوبى لمن أسكنه الله إحدى العروسين: عسقلان، أو غزة)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٨٣١)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn al-Zubayr secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Beruntunglah bagi sesiapa yang Allah menempatkan mereka di salah satu al-’Arusah (pengantin) iaitu: ‘Asqalan atau Gaza. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3831]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman