Beruntunglah bagi orang yang banyak berzikir kepada Allah ketika berjihad di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

طوبى لمن أكثر في الجهاد في سبيل الله من ذكر الله، فإن له بكل كلمة سبعين ألف حسنة، كل حسنة منها عشرة أضعاف، مع الذي له عند الله من المزيد، قيل: يا رسول الله! أفرأيت النفقة؟ فقال: النفقة على قدر ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntunglah bagi orang yang banyak berzikir kepada Allah ketika berjihad di jalan Allah kerana bagi setiap kalimah dia mendapat 70 ribu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda, di samping dia mendapat lebih lagi tambahan di sisi Allah. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah pula pandanganmu tentang (pahala) perbelanjaan (untuk berjihad)? Lalu baginda menjawab: Perbelanjaan tersebut juga sebagaimana kadar tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1448-1449, hadis nombor 7368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((طوبى لمن أكثر في الجهاد في سبيل الله من ذكر الله، فإن له بكل كلمة سبعين ألف حسنة، كل حسنة منها عشرة أضعاف، مع الذي له عند الله من المزيد))، قيل: يا رسول الله! أفرأيت النفقة؟ فقال: ((النفقة على قدر ذلك)). [طب، ((الضعيفة)) (2610)].

(Lemah)
Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Beruntunglah bagi orang yang banyak berzikir kepada Allah ketika berjihad di jalan Allah kerana bagi setiap kalimah dia mendapat 70 ribu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda, di samping dia mendapat lebih lagi tambahan di sisi Allah”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah! Apakah pula pandanganmu tentang (pahala) perbelanjaan (untuk berjihad)?”. Lalu baginda menjawab: “Perbelanjaan tersebut juga sebagaimana kadar tersebut”.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2610].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs