Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طُوبَى لِمَن أَكْثَرَ في الجهادِ في سبيلِ اللهِ من ذِكْرِ اللهِ، فإن له بكل كلمةٍ سبعينَ ألفَ حسنةٍ، كلُّ حسنةٍ منها عَشْرَةُ أضعافٍ، مع الذي له عند اللهِ من المَزِيدِ، قيل: يا رسولَ اللهِ! أَفَرَأَيْتَ النفقةَ فقال: النفقةُ على قَدْرِ ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Beruntunglah bagi orang yang banyak berzikir kepada Allah ketika berjihad di jalan Allah kerana bagi setiap kalimah dia mendapat 70 ribu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda, di samping dia mendapat lebih lagi tambahan di sisi Allah. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah pula pandanganmu tentang (pahala) perbelanjaan (untuk berjihad)? Lalu baginda menjawab: Perbelanjaan tersebut juga sebagaimana kadar tersebut.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1448, hadis no. 7368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Beruntunglah bagi orang yang banyak berzikir kepada Allah ketika berjihad di jalan Allah kerana bagi setiap kalimah dia mendapat 70 ribu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda, di samping dia mendapat lebih lagi tambahan di sisi Allah”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah! Apakah pula pandanganmu tentang (pahala) perbelanjaan (untuk berjihad)?”. Lalu baginda menjawab: “Perbelanjaan tersebut juga sebagaimana kadar tersebut”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2610]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman