Beruntung barang siapa yang banyak berjihad di jalan Allah dengan mengingati Allah

TEKS BAHASA ARAB

طوبى لمن أكثر في الجهاد في سبيل الله من ذكر الله، فإن له بكل كلمة سبعين ألف حسنة، كل حسنة منها عشرة أضعاف، مع الذي له عند الله من المزيد، قيل: يا رسول الله، أفرأيت النفقة؟ فقال: النفقة على قدر ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntung siapa yang banyak mengingati Allah SWT ketika berjihad di jalan Allah. . Sesungguhnya baginya pahala setiap perkataan 70 ribu kebaikan. Setiap kebaikan daripadanya digandakan dengan sepuluh bersama penambahan kebaikan dari sisi Allah. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Apakah pandanganmu tentang nafkah? Jawab baginda: Nafkah mengikut kadarnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1588, hadis nombor 8026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((طوبى لمن أكثر في الجهاد في سبيل الله من ذكر الله، فإن له بكل كلمة سبعين ألف حسنة، كل حسنة منها عشرة أضعاف، مع الذي له عند الله من المزيد، قيل: يا رسول الله، أفرأيت النفقة؟ فقال: النفقة على قدر ذلك)). [طب، ((الضعيفة)) (6755، 2610)].

(Lemah)
Daripada Muaz bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Beruntung siapa yang banyak mengingati Allah SWT ketika berjihad di jalan Allah. . Sesungguhnya baginya pahala setiap perkataan 70 ribu kebaikan. Setiap kebaikan daripadanya digandakan dengan sepuluh bersama penambahan kebaikan dari sisi Allah. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Apakah pandanganmu tentang nafkah? Jawab baginda: Nafkah mengikut kadarnya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2610, 6755].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.