Berulang alik ke masjid pada waktu pagi dan petang termasuk dalam kategori berjihad di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

الغدو والرواح إلى المساجد من الجهاد في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berulang alik ke masjid pada waktu pagi dan petang termasuk dalam kategori berjihad di jalan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, hadis nombor 1333. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الغدو والرواح إلى المساجد من الجهاد في سبيل الله)). [طب، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (2007)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berulang alik ke masjid pada waktu pagi dan petang termasuk dalam kategori berjihad di jalan Allah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2007]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs