Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَداوَوا مِن ذاتِ الجَنبِ بالقُسطِ البَحريِّ والزَّيتِ.
Teks Bahasa Melayu
Berubatlah daripada penyakit radang paru-paru dengan kayu gaharu putih dan minyak.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis no. 5942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أرقم - رضي الله عنه - مرفوعا: ((تداووا من ذات الجنب بالقسط البحري والزيت)). [ت، ك، الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (3396)]
(Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berubatlah daripada penyakit radang paru-paru dengan kayu gaharu putih dan minyak. [Riwayat al-Tirmizi dalam Jami’ Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tayalisi, dan Imam Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3396]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman