Bertongkat ialah gaya para Nabi

TEKS BAHASA ARAB

التوكؤ على العصا من أخلاق الأنبياء. كان لرسول الله صلى الله عليه وسلم عصا يتوكأ عليها ويأمرنا بالتوكأ عليها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertongkat ialah gaya para Nabi. Rasulullah SAW juga memiliki sebatang tongkat yang baginda bersandar dengannya, dan baginda menyuruh kami melakukan perkara yang sedemikian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1037, hadis nombor 5310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عباس قال: التوكؤ على العصا من أخلاق الأنبياء كان لرسول الله صلى الله عليه وسلم عصا يتوكأ عليها، ويأمرنا بالتوكأ عليها. [أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، عد، الضعيفة (916)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Bertongkat ialah gaya para Nabi. Rasulullah SAW juga memiliki sebatang tongkat yang baginda bersandar dengannya, dan baginda menyuruh kami melakukan perkara yang sedemikian. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 916]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs