Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التَّوكُّؤُ علَى عصًا مِن أَخْلَاقِ الْأنْبِيَاءِ، كَانَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عصًا يتوكَّأُ عليها، وَيَأمرُنَا بِالتَّوَكُّؤِِ عَلَيْهَا.
Teks Bahasa Melayu
Bertongkat ialah gaya para Nabi. Rasulullah SAW juga memiliki sebatang tongkat yang baginda bersandar dengannya, dan baginda menyuruh kami melakukan perkara yang sedemikian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1037, hadis no. 5310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عباس قال: التوكؤ على العصا من أخلاق الأنبياء كان لرسول الله صلى الله عليه وسلم عصا يتوكأ عليها، ويأمرنا بالتوكأ عليها. [أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، عد، الضعيفة (916)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Bertongkat ialah gaya para Nabi. Rasulullah SAW juga memiliki sebatang tongkat yang baginda bersandar dengannya, dan baginda menyuruh kami melakukan perkara yang sedemikian. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 916]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman