TEKS BAHASA ARAB
حديث: اسمح يسمح لك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Bertolak ansurlah (dengan orang lain), (orang lain) akan bertolak ansur untukmu.
STATUS
Hasan
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 147, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الصغاني: موضوع وقال السخاوي في المقاصد: رجاله ثقات وحسنه العراقي.
Al-Saghani berkata: Hadith ini palsu manakala al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Perawi-perawinya terpecaya dan al-Iraqi menilai hadith ini sebagai hasan.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.