Berterusan seseorang lelaki itu pergi dengan dirinya (di dalam satu riwayat: menyombong), dan pergi dengan dirinya sehingga dia tertulis di dalam golongan yang bongkak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يزال الرجل يذهب بنفسه، (وفي رواية: يتكبر)، ويذهب بنفسه حتى يكتب في الجبارين، فيصيبه ما أصابهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berterusan seseorang lelaki itu pergi dengan dirinya (di dalam satu riwayat: menyombong), dan pergi dengan dirinya sehingga dia tertulis di dalam golongan yang bongkak, lalu akan menimpanya apa yang telah menimpa mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1988, hadis nombor 9957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمة بن الأكوع -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا يزال الرجل يذهب بنفسه، (وفي رواية: يتكبر)، ويذهب بنفسه حتى يكتب في الجبارين، فيصيبه ما أصابهم)).
[ت، ابن لال في ((حديثه))، طب، ابن الجوزي في ((جامع الأسانيد))، ((الضعيفة)) (1914)]

(Lemah) Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Berterusan seseorang lelaki itu pergi dengan dirinya (di dalam satu riwayat: menyombong), dan pergi dengan dirinya sehingga dia tertulis di dalam golongan yang bongkak, lalu akan menimpanya apa yang telah menimpa mereka.”
[Riwayat Sunan al-Tirmidzi, Ibnu Lal dalam Hadithnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibnu al-Jauzi dalam Jami’ al-Masanid. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1914]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.