Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الإبقاءُ علَى العملِ أشدُّ منَ العمَلِ؛ إنَّ الرَّجُلَ ليعمَلُ العملَ فيُكتَبُ عمَلٌ صالِحٌ معمولٌ بهِ في السرِّ، يُضعَّفُ أجرُه سبعينَ ضِعفًا، فلا يزالُ به الشَّيطانُ حتَّى يَذكُرَهُ للنَّاسِ ويُعلِنَهُ، فتُكتَبُ له علانيَةً، ويُمحا تَضعيفُ أجرِهِ كلِّهِ، ثمَّ لا يزالُ بهِ الشَّيطانُ حتى يذكُرَهُ للنَّاسِ الثانيةَ ويُحبُّ أن يُذكَرَ ويُحمَدَ عليهِ، فيُمحا العلانيَةَ ويُكتَبَ رياءً، فاتقى اللَّهَ امرؤٌ صانَ دينَهُ، وإنَّ الرياءَ شِركٌ.
Teks Bahasa Melayu
Berterusan melakukan amalan lebih berat daripada melakukan amalan sahaja. Sesungguhnya seorang lelaki beramal dengan sesuatu amalan lalu ditulis amalan soleh yang dilakukannya secara sembunyi, digandakan pahalanya sebanyak 70 kali ganda. Lalu syaitan bersamanya sehingga dia menyebutkannya kepada manusia dan memberitahunya secara terbuka, maka ditulis baginya pahala amalan secara terang-terangan. Dan dihapuskan penggandaan pahalanya semuanya, kemudian syaitan masih bersamanya sehingga dia menyebutkannya kepada manusia buat kali kedua dan dia suka dipuji dan diraikan ke atasnya. Lalu dihapuskan pahala amalan terang-terangan dan ditulis riyak. Maka orang yang bertakwa kepada Allah, dia melindungi agamanya, dan sesungguhnya riyak itu ialah syirik.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 805, hadis no. 4149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الإبقاء على العمل أشد من العمل؛ إن الرجل ليعمل العمل فيكتب عمل صالح معمول به في السر، يضعف أجره سبعين ضعفا، فلا يزال به الشيطان حتى يذكره للناس ويعلنه، فتكتب له علانية، ويمحا تضعيف أجره كله، ثم لا يزال به الشيطان حتى يذكره للناس الثانية ويحب أن يذكر ويحمد عليه، فيمحا العلانية ويكتب رياء، فاتقى الله امرؤ صان دينه، وإن الرياء شرك)). [هب، ((الضعيفة)) (5990)]
(Munkar) Daripada Abū al-Dardā’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berterusan melakukan amalan lebih berat daripada melakukan amalan sahaja. Sesungguhnya seorang lelaki beramal dengan sesuatu amalan lalu ditulis amalan soleh yang dilakukannya secara sembunyi, digandakan pahalanya sebanyak 70 kali ganda. Lalu syaitan bersamanya sehingga dia menyebutkannya kepada manusia dan memberitahunya secara terbuka, maka ditulis baginya pahala amalan secara terang-terangan. Dan dihapuskan penggandaan pahalanya semuanya, kemudian syaitan masih bersamanya sehingga dia menyebutkannya kepada manusia buat kali kedua dan dia suka dipuji dan diraikan ke atasnya. Lalu dihapuskan pahala amalan terang-terangan dan ditulis riyak. Maka orang yang bertakwa kepada Allah, dia melindungi agamanya, dan sesungguhnya riyak itu ialah syirik. [Riwayat al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5990]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman