Bertemu Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan kudung

TEKS BAHASA ARAB

ما من امرئ يقرأ القرآن، ثم ينساه إلا لقى الله عز وجل يوم القيامة وهو أجذم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak seorang pun yang membaca al-Qur’an kemudian dia melupakannya, melainkan dia pasti bertemu Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan dia kudun (tangan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1419, hadis nombor 7203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد بن عبادة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من امرئ يقرأ القرآن، ثم ينساه إلا لقى الله عز وجل يوم القيامة وهو أجذم.
[د، ((الضعيفة)) (1354)]

(Lemah)
Daripada Sa’d bin ‘Ubadah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorang pun yang membaca al-Qur’an kemudian dia melupakannya, melainkan dia pasti bertemu Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan dia kudung (tangan).
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1354]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs