Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِنِ امْرِئ يقرأُ القرآنَ، ثم يَنْسَاهُ إلا لَقِىَ اللهَ عَزَّ وجَلَّ يومَ القيامةِ وهو أَجْذَمُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak seorang pun yang membaca al-Qur'an kemudian dia melupakannya, melainkan dia pasti bertemu Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan dia kudun (tangan).
Sahabat Perawi
- Sa'd bin Ubadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1419, hadis no. 7203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن عبادة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من امرئ يقرأ القرآن، ثم ينساه إلا لقى الله عز وجل يوم القيامة وهو أجذم. [د، ((الضعيفة)) (1354)]
(Lemah) Daripada Sa'd bin 'Ubadah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorang pun yang membaca al-Qur'an kemudian dia melupakannya, melainkan dia pasti bertemu Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan dia kudung (tangan). [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1354]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman