TEKS BAHASA ARAB
التوبة من الذنب أن لا تعود إليه أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bertaubat dari sesuatu dosa adalah engkau tidak kembali kepadanya selama-lamanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis nombor 10012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «التوبة من الذنب أن لا تعود إليه أبدا».
[الحرفي في «عشر مجالس من الأمالي»، هب، «الضعيفة» (2233)).
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Bertaubat dari sesuatu dosa adalah engkau tidak kembali kepadanya selama-lamanya”.
[Riwayat al-Harfi dalam “Asyr Majalis min Al-Amaali”, Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2233].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.