Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التوبةُ من الذنبِ أنْ لا تعودَ إليه أبدًا.
Teks Bahasa Melayu
Bertaubat dari sesuatu dosa adalah engkau tidak kembali kepadanya selama-lamanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis no. 10012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «التوبة من الذنب أن لا تعود إليه أبدا». [الحرفي في «عشر مجالس من الأمالي»، هب، «الضعيفة» (2233)).
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Bertaubat dari sesuatu dosa adalah engkau tidak kembali kepadanya selama-lamanya”. [Riwayat al-Harfi dalam “Asyr Majalis min Al-Amaali”, Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2233].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman