Bertatihlah, bertatihlah, majulah ke hadapan wahai si mata kecil (Ayat gurauan untuk bermain-main dengan kanak-kanak).

TEKS BAHASA ARAB

حزقة حزقة، ارق عين بقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertatihlah, bertatihlah, majulah ke hadapan wahai si mata kecil (Ayat gurauan untuk bermain-main dengan kanak-kanak).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis nombor 5944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا قال: سمعت أذناي وأبصرت عيناي هاتان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وهو آخذ بكفيه جميعا حسنا أو حسينا وقدماه على قدمي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وهو يقول: ((حزقة حزقة، ارق عين بقة)). فيرقى الغلام حتى يضع قدميه على صدر رسول – صلى الله عليه وسلم -، ثم قال له: (افتح)، قال: ثم قبله، ثم قال: ((اللهم أحبه فإني أحبه)). [خد، ش، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3486)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Kedua-dua telingaku telah mendengar, begitu juga kedua-dua mataku ini telah melihat Rasulullah SAW ketika itu Baginda sedang mengangkat Hasan dan Husain dengan kedua-dua telapak tangan Baginda, dan kedua-dua kakinya kakinya berada di atas kaki Baginda SAW, sedang Baginda berkata: "Bertatihlah, bertatihlah, majulah ke hadapan wahai si mata kecil (Ayat gurauan untuk bermain-main dengan kanak-kanak)". Lalu budak itu bertatih ke hadapan sehingga kedua-dua kakinya terletak di atas dada Rasulullah SAW, kemudian Baginda berkata kepadanya: “Bukalah”, kata Abu Hurairah: Kemudian Baginda menciumnya, dan menyebutkan: “Ya Allah, sayangilah dia, sesungguhnya aku menyayanginya”. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah (3486)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs