Lemah
5 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُزُقَّةُ حُزُقَّةُ، ارْقَ عَيْنَ بَقَّةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bertatihlah, bertatihlah, majulah ke hadapan wahai si mata kecil (Ayat gurauan untuk bermain-main dengan kanak-kanak).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis no. 5944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا قال: سمعت أذناي وأبصرت عيناي هاتان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وهو آخذ بكفيه جميعا حسنا أو حسينا وقدماه على قدمي رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، وهو يقول: ((حزقة حزقة، ارق عين بقة)). فيرقى الغلام حتى يضع قدميه على صدر رسول - صلى الله عليه وسلم -، ثم قال له: (افتح)، قال: ثم قبله، ثم قال: ((اللهم أحبه فإني أحبه)). [خد، ش، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3486)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Kedua-dua telingaku telah mendengar, begitu juga kedua-dua mataku ini telah melihat Rasulullah SAW ketika itu Baginda sedang mengangkat Hasan dan Husain dengan kedua-dua telapak tangan Baginda, dan kedua-dua kakinya kakinya berada di atas kaki Baginda SAW, sedang Baginda berkata: "Bertatihlah, bertatihlah, majulah ke hadapan wahai si mata kecil (Ayat gurauan untuk bermain-main dengan kanak-kanak)". Lalu budak itu bertatih ke hadapan sehingga kedua-dua kakinya terletak di atas dada Rasulullah SAW, kemudian Baginda berkata kepadanya: “Bukalah”, kata Abu Hurairah: Kemudian Baginda menciumnya, dan menyebutkan: “Ya Allah, sayangilah dia, sesungguhnya aku menyayanginya”. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah (3486)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman