Bertasbihlah sebanyak 10 kali, bertahmidlah sebanyak 10 kali, dan bertakbirlah sebanyak 10 kali, kemudian mintalah hajatmu kepada-Nya

TEKS BAHASA ARAB

سبحي الله عشرا، واحمديه عشرا، وكبريه عشرا، ثم سليه حاجتك، يقول: نعم، نعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertasbihlah sebanyak 10 kali, bertahmidlah sebanyak 10 kali, dan bertakbirlah sebanyak 10 kali, kemudian mintalah hajatmu kepada-Nya. Lalu, Allah SWT akan berfirman: Ya, ya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1464, hadis nombor 7454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: جاءت أم سليم إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقالت: يا رسول الله! علمني كلمات أدعو بهن في صلاتي، قال: ((سبحي الله عشرا، واحمديه عشرا، وكبريه عشرا، ثم سليه حاجتك، يقول: نعم نعم)). [ن، ت، ابن خزيمة، حب، ك، حم، ((الضعيفة)) (3688)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Ummu Sulaim RA telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkanlah kepada aku beberapa perkataan yang boleh aku berdoa menggunakannya dalam solat aku. Baginda bersabda: Bertasbihlah sebanyak 10 kali, bertahmidlah sebanyak 10 kali, dan bertakbirlah sebanyak 10 kali, kemudian mintalah hajatmu kepada-Nya. Lalu, Allah SWT akan berfirman: Ya, ya.
[Riwayat al-Nasa’ī dalam Sunannya, al-Tirmiẓī dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah, Ibn Ḥibbān dalam Sahihnya, al-Ḥākim dalam Mustadrak dan Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3688]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs