Bertaqwalah kepada Allah terhadap apa yang kamu ketahui

TEKS BAHASA ARAB

اتق الله فيما تعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertaqwalah kepada Allah terhadap apa yang kamu ketahui.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1241, hadis nombor 6332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن يزيد بن سلمة رضي الله عنه أنه قال: يا رسول الله! إني قد سمعت منك حديثا كثيرا، أخاف أن ينسيني أوله آخره، فحدثني بكلمة تكون جماعا، فقال: اتق الله فيما تعلم.
[ت، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (1696)]

(Lemah)
Daripada Yazid bin Salamah RA bahawa beliau pernah berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah mendengar banyak hadis daripada anda, aku bimbang jika aku terlupa mana yang awal dan akhirnya, maka sebutkanlah kepadaku satu hadis yang menghimpunkan kesemuanya. Lalu baginda bersabda: Bertaqwalah kepada Allah terhadap apa yang kamu ketahui.
[Riwayat al-Tirmizi, 'Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1696]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs