Bertaqwalah kepada Allah dalam keadaan susahmu dan senangmu

TEKS BAHASA ARAB

اتق الله في عسرك ويسرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertaqwalah kepada Allah dalam keadaan susahmu dan senangmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis nombor 10114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن طليب أنه قدم على رسول الله صلى الله عليه وسلم فسمعه يقول: اتق الله في عسرك ويسرك.
[أبو قرة الزبيدي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (3189)]

(Lemah)
Daripada Tulaib bin Arafah bahawa dia datang kepada Rasulullah SAW lalu dia mendengar baginda bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dalam keadaan susahmu dan senangmu.
[Riwayat Abu Qurrah al-Zubaidy dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3189]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs