Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتقِ اللهَ في عُسرِك ويُسرِك.
Teks Bahasa Melayu
Bertaqwalah kepada Allah dalam keadaan susahmu dan senangmu.
Sahabat Perawi
- Tulaib bin Arafah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis no. 10114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن طليب أنه قدم على رسول الله صلى الله عليه وسلم فسمعه يقول: اتق الله في عسرك ويسرك. [أبو قرة الزبيدي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (3189)]
(Lemah) Daripada Tulaib bin Arafah bahawa dia datang kepada Rasulullah SAW lalu dia mendengar baginda bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dalam keadaan susahmu dan senangmu. [Riwayat Abu Qurrah al-Zubaidy dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3189]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman