Bertanyakan tentang berita langit sedangkan dia membiarkan kukunya seperti kuku burung

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يجيء أحدكم يسأل عن خبر السماء؟ ويدع أظفاره كأظافير الطير، تجتمع فيها الجنابة والتفث!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang kamu telah datang bertanyakan tentang berita langit sedangkan dia membiarkan kukunya seperti kuku burung, di bawahnya terhimpun junub dan kotoran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1223, hadis nombor 6231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه، قال: أتى رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يسأله عن خبر السماء؟ وأظفاره كأظفار الطير، قال: يجيء أحدكم يسأل عن خبر السماء؟ ويدع أظفاره كأظافير الطير، تجتمع فيه الجنابة والتفث!.
[تخ، حم,، طب، عد، ((الضعيفة)) (6419)].

(Lemah)
Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA, katanya: Seorang lelaki pernah datang menemui Nabi SAW bertanyakan baginda tentang berita langit dan kukunya seperti kuku burung. Baginda pun bersabda: Seseorang kamu telah datang bertanyakan tentang berita langit sedangkan dia membiarkan kukunya seperti kuku burung, di bawahnya terhimpun junub dan kotoran.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ahmad dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6419].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.