Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يجيء أَحَدُكُمْ يسْأَلُ عَنْ خَبَرِ السَّمَاءِ؟ وَيَدَعُ أَظْفَارَهُ كَأَظَافِيرِ الطَّيْرِ، تَجْتَمِعُ فِيهَا الْجَنَابَةُ وَالتَّفَثُ!.
Teks Bahasa Melayu
Seseorang kamu telah datang bertanyakan tentang berita langit sedangkan dia membiarkan kukunya seperti kuku burung, di bawahnya terhimpun junub dan kotoran.
Sahabat Perawi
- Abi Ayyub al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1223, hadis no. 6231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه، قال: أتى رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يسأله عن خبر السماء؟ وأظفاره كأظفار الطير، قال: يجيء أحدكم يسأل عن خبر السماء؟ ويدع أظفاره كأظافير الطير، تجتمع فيه الجنابة والتفث!. [تخ، حم,، طب، عد، ((الضعيفة)) (6419)].
(Lemah) Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA, katanya: Seorang lelaki pernah datang menemui Nabi SAW bertanyakan baginda tentang berita langit dan kukunya seperti kuku burung. Baginda pun bersabda: Seseorang kamu telah datang bertanyakan tentang berita langit sedangkan dia membiarkan kukunya seperti kuku burung, di bawahnya terhimpun junub dan kotoran. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ahmad dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6419].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman