Bertandinglah dalam memanah dan naikilah kuda, dan jika kamu bertanding memanah itu lebih aku sukai

TEKS BAHASA ARAB

نتضلوا واركبوا، وأن تنتضلوا أحب إلي. وإن الله عز وجل ليدخل بالسهم الواحد ثلاثة الجنة؛ صانعه؛ المحتسب فيه، والممد به، والرامي به. وإن الله عز وجل ليدخل بلقمة الخبز، وقبضة التمر، ومثله مما ينتفع به المسكين ثلاثة الجنة: رب البيت الآمر به، والزوجة تصلحه، والخادم الذي يناول المسكين. فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: “الحمد لله الذي لم ينس خدمنا”.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertandinglah dalam memanah dan naikilah kuda, dan jika kamu bertanding memanah itu lebih aku sukai. Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga kerana sebatang panah 3 golongan: Pembuatnya yang mengharapkan pahala dengannya, orang yang membekalkannya dan juga orang yang memanahnya. Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga dengan secebis roti, segenggam tamar dan sesuatu yang bermanfaat untuk orang miskin sepertinya tiga golongan: Pemilik rumah yang mengarahkannya (pemberian), isteri yang menyediakannya, dan juga khadam yang menghulurkannya kepada orang miskin. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan khadam kita.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 821, hadis nombor 4223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((انتضلوا واركبوا، وأن تنتضلوا أحب إلي. وإن الله عز وجل ليدخل بالسهم الواحد ثلاثة الجنة؛ صانعه؛ المحتسب فيه، والممد به، والرامي به. وإن الله عز وجل ليدخل بلقمة الخبز، وقبضة التمر، ومثله مما ينتفع به المسكين ثلاثة الجنة: رب البيت الآمر به، والزوجة تصلحه، والخادم الذي يناول المسكين. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” الحمد لله الذي لم ينس خدمنا”)).
[طب، ((الضعيفة)) (7008)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bertandinglah dalam memanah dan naikilah kuda, dan jika kamu bertanding memanah itu lebih aku sukai. Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga kerana sebatang panah 3 golongan: Pembuatnya yang mengharapkan pahala dengannya, orang yang membekalkannya dan juga orang yang memanahnya. Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga dengan secebis roti, segenggam tamar dan sesuatu yang bermanfaat untuk orang miskin sepertinya tiga golongan: Pemilik rumah yang mengarahkannya (pemberian), isteri yang menyediakannya, dan juga khadam yang menghulurkannya kepada orang miskin. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan khadam kita.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7008]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs