Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انْتَضِلُوا وَارْكَبُوا، وَأَنْ تَنْتَضِلُوا أَحَبُّ إِلَيَّ. وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيُدْخِلُ بِالسَّهْمِ الْوَاحِدِ ثَلَاثَةً الْجَنَّةَ؛ صَانِعَهُ؛ الْمُحْتَسِبَ فِيهِ، وَالْمُمِدَّ بِهِ، وَالرَّامِيَ بِهِ. وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيُدْخِلُ بِلُقْمَةِ الْخُبْزِ، وَقَبْضَةِ التَّمْرِ، وَمِثْلِهِ مِمَّا يَنْتَفِعُ بِهِ الْمِسْكِينُ ثَلَاثَةً الْجَنَّةَ: رَبَّ الْبَيْتِ الْآمِرَ بِهِ، وَالزَّوْجَةَ تُصْلِحُهُ، وَالْخَادِمَ الَّذِي يُنَاوِلُ الْمِسْكِينَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَنْسَ خدمَنا".
Teks Bahasa Melayu
Bertandinglah dalam memanah dan naikilah kuda, dan jika kamu bertanding memanah itu lebih aku sukai. Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga kerana sebatang panah 3 golongan: Pembuatnya yang mengharapkan pahala dengannya, orang yang membekalkannya dan juga orang yang memanahnya. Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga dengan secebis roti, segenggam tamar dan sesuatu yang bermanfaat untuk orang miskin sepertinya tiga golongan: Pemilik rumah yang mengarahkannya (pemberian), isteri yang menyediakannya, dan juga khadam yang menghulurkannya kepada orang miskin. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan khadam kita.”
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 821, hadis no. 4223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bertandinglah dalam memanah dan naikilah kuda, dan jika kamu bertanding memanah itu lebih aku sukai. Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga kerana sebatang panah 3 golongan: Pembuatnya yang mengharapkan pahala dengannya, orang yang membekalkannya dan juga orang yang memanahnya. Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga dengan secebis roti, segenggam tamar dan sesuatu yang bermanfaat untuk orang miskin sepertinya tiga golongan: Pemilik rumah yang mengarahkannya (pemberian), isteri yang menyediakannya, dan juga khadam yang menghulurkannya kepada orang miskin. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan khadam kita.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7008]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman