Bertakwalah kepada Allah wahai hamba-hamba Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اتقوا الله يا عباد الله! فإنكم إن اتقيتم الله أشبعكم من خبز الشام وزيت الشام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertakwalah kepada Allah wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya kalian sekiranya bertakwa kepada Allah, Allah akan mengenyangkan kalian dengan roti Syam dan minyak Syam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2078, hadis nombor 10422. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن سهل بن سعد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اتقوا الله يا عباد الله! فإنكم إن اتقيتم الله أشبعكم من خبز الشام وزيت الشام.
[الروياني، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6560)]

(Munkar)
Daripada Sahl bin Sa‘ad RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bertakwalah kepada Allah wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya kalian sekiranya bertakwa kepada Allah, Allah akan mengenyangkan kalian dengan roti Syam dan minyak Syam.
[Riwayat al-Rūyānī dalam Musnadnya dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6560]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.