Bertakwalah kepada Allah, wahai Fatimah! Tunaikanlah ketetapan Tuhanmu

TEKS BAHASA ARAB

اتقي الله يا فاطمة! وأدي فريضة ربك، واعملي عمل أهلك، فإذا أخذت مضجعك، فسبحي ثلاثا وثلاثين، واحمدي ثلاثا وثلاثين، وكبري أربعا وثلاثين، فتلك مائة، فهي خير لك من خادم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertakwalah kepada Allah, wahai Fatimah! Tunaikanlah ketetapan Tuhanmu, kerjakanlah kerja keluargamu. Apabila engkau mengambil perbaringanmu, bertasbihlah tiga puluh tiga kali, bertahmidlah tiga puluh tiga kali, dan bertakbirlah tiga puluh empat kali, maka itu seratus, dan ia lebih baik untukmu berbanding seorang khadam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1978, hadis nombor 9900. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن أغيد، قال: قال لي علي -رضي الله عنه-: ((ألا أحدثك عني وعن فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت من أحب أهله إليه؟ قلت: بلى، قال: إنها جرت بالرحى حتى أثرت في يدها، وحملت بالقربة حتى أثرت في نحرها، وكنست البيت حتى اغبرت ثيابها، فأتى النبي صلى الله عليه وسلم خدم، فقلت: لو أتيت أباك فسألتيه خادما، فأتته، فوجدت عنده حداثا، فرجعت، فأتى من الغد، فقال: ((ما كان حاجتك؟)) فسكتت، فقلت: أنا أحدثك يا رسول الله! جرت بالرحى حتى أثرت في يدها، وحملت القربة حتى أثرت في نحرها، فلما أن جاءك الخدم أمرتها أن تأتيك فتستخدمك خادما، يقيها حر ما هي فيه، قال: ((اتقي الله يا فاطمة! وأدي فريضة ربك، واعملي عمل أهلك، فإذا أخذت مضجعك، فسبحي ثلاثا وثلاثين، واحمدي ثلاثا وثلاثين، وكبري أربعا وثلاثين، فتلك مائة، فهي خير لك من خادم)). قالت: رضيت عن الله -عز وجل- وعن رسوله صلى الله عليه وسلم)).
[د، ((الضعيفة)) (1787)]

(Lemah) Daripada Ibn Aghyad, dia berkata: ‘Alī RA telah berkata kepadaku: Adakah engkau mahu aku ceritakan kepada engkau tentang aku dan Fatimah binti Rasulullah SAW, dan dia ialah ahli keluarga baginda yang paling disayangi di sisi baginda? Aku pun berkata: Mahu. Beliau berkata: Sesungguhnya dia (Fatimah) telah menarik batu giling sehingga ia memberi bekas pada tangannya, dia memikul kirbat (kantung air diperbuat daripada kulit) sehingga ia memberi bekas pada tengkuknya, dan dia menyapu rumah sehingga ia mendebukan pada pakaiannya. Lalu khadam-khadam telah datang kepada Nabi SAW, maka aku pun berkata: Kalaulah kamu datang kepada bapamu, lalu kamu minta kepadanya seorang khadam. Maka dia telah datang kepada baginda, lalu dia mendapati di sisi baginda ada orang-orang yang berbicara, lantas dia pun pulang. Lalu dia datang pada keesokan harinya, lantas baginda bersabda: “Apakah hajatmu?”. Lalu dia terdiam. Maka aku pun berkata: Aku akan ceritakan kepada engkau, wahai Rasulullah! Dia mengheret batu giling sehingga berbekas pada tangannya, dan dia memikul kirbat sehingga berbekas pada tengkuknya. Lalu apabila khadam-khadam datang kepada engkau, aku menyuruhnya untuk datang kepada engkau, lalu dia meminta bantuan kepada engkau seorang khadam, yang akan melindunginya daripada kepanasan yang dia alami. Baginda pun bersabda: “Bertakwalah kepada Allah, wahai Fatimah! Tunaikanlah ketetapan Tuhanmu, kerjakanlah kerja keluargamu. Apabila engkau mengambil perbaringanmu, bertasbihlah tiga puluh tiga kali, bertahmidlah tiga puluh tiga kali, dan bertakbirlah tiga puluh empat kali, maka itu seratus, dan ia lebih baik untukmu berbanding seorang khadam”. Dia berkata: Aku telah reda terhadap Allah ‘Azza wa Jalla dan terhadap Rasul-Nya SAW.
[Riwayat Abū Daūd dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1787]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs