Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اتقوا الله في الصلاة، اتقوا الله في الصلاة، (ثلاثا)، اتقوا الله فيما ملكت أيمانكم، اتقوا الله في الضعيفين: المرأة الأرملة والصبي اليتيم، اتقوا الله في الصلاة. فجعل يرددها وهو يقول: ((الصلاة))، وهو يغرغر حتى فاضت نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat, bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat (sebanyak tiga kali). Bertakwalah kepada Allah SWT terhadap hamba-hamba kamu, bertakwalah kepada Allah SWT pada dua golongan yang lemah: Wanita yang janda dan juga anak yatim. Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat. Maka Baginda SAW pun menyebutnya berulangkali dan Baginda SAW menyebut perkataan solat, dalam keadaan Baginda SAW nazak sehinggalah Baginda SAW meninggal dunia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis nombor 187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: كنا عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حيث حضرته الوفاة، قال: فقال لنا: ((اتقوا الله في الصلاة، اتقوا الله في الصلاة، (ثلاثاً) ، اتقوا الله فيما ملكت أيمانكم، اتقوا الله في الضعيفين: المرأة الأرملة والصبي اليتيم، اتقوا الله في الصلاة)). فجعل يرددها وهو يقول: ((الصلاة))، وهو يغرغر حتى فاضت نفسه.
[هب، ((الضعيفة)) (3216)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA berkata: Kami berada di sisi Rasulullah SAW ketika Baginda SAW hampir meninggal dunia. Lalu Baginda SAW telah bersabda kepada kami: Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat, bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat (sebanyak tiga kali). Bertakwalah kepada Allah SWT terhadap hamba-hamba kamu, bertakwalah kepada Allah SWT pada dua golongan yang lemah: Wanita yang janda dan juga anak yatim. Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat. Maka Baginda SAW pun menyebutnya berulangkali dan Baginda SAW menyebut perkataan solat, dalam keadaan Baginda SAW nazak sehinggalah Baginda SAW meninggal dunia.
[Riwayat al-Baiyhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3216]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.