Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتقوا اللهَ في الصلاةِ، اتقوا اللهَ في الصلاةِ، ( ثلاثًا )، اتقوا اللهَ فيما ملكت أيمانُكم، اتقوا اللهَ في الضعِيفَيْنِ: المرأةُ الأرملةُ والصبيُّ اليتيمُ، اتقوا اللهَ في الصلاةِ. فجعل يرددها وهو يقول: ((الصلاة))، وهو يغرغر حتى فاضت نفسه.
Teks Bahasa Melayu
Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat, bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat (sebanyak tiga kali). Bertakwalah kepada Allah SWT terhadap hamba-hamba kamu, bertakwalah kepada Allah SWT pada dua golongan yang lemah: Wanita yang janda dan juga anak yatim. Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat. Maka Baginda SAW pun menyebutnya berulangkali dan Baginda SAW menyebut perkataan solat, dalam keadaan Baginda SAW nazak sehinggalah Baginda SAW meninggal dunia.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis no. 187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: كنا عند رسول الله - صلى الله عليه وسلم - حيث حضرته الوفاة، قال: فقال لنا: ((اتقوا الله في الصلاة، اتقوا الله في الصلاة، (ثلاثاً) ، اتقوا الله فيما ملكت أيمانكم، اتقوا الله في الضعيفين: المرأة الأرملة والصبي اليتيم، اتقوا الله في الصلاة)). فجعل يرددها وهو يقول: ((الصلاة))، وهو يغرغر حتى فاضت نفسه. [هب، ((الضعيفة)) (3216)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA berkata: Kami berada di sisi Rasulullah SAW ketika Baginda SAW hampir meninggal dunia. Lalu Baginda SAW telah bersabda kepada kami: Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat, bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat (sebanyak tiga kali). Bertakwalah kepada Allah SWT terhadap hamba-hamba kamu, bertakwalah kepada Allah SWT pada dua golongan yang lemah: Wanita yang janda dan juga anak yatim. Bertakwalah kepada Allah SWT dalam mengerjakan solat. Maka Baginda SAW pun menyebutnya berulangkali dan Baginda SAW menyebut perkataan solat, dalam keadaan Baginda SAW nazak sehinggalah Baginda SAW meninggal dunia. [Riwayat al-Baiyhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3216]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman